Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Jumat, 18 Desember 2009

Artikel cinta

Jumat, 18 Desember 2009

Cinta tak semestinya memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


Nasib orang bujang

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi! 

Ada alasan kukuh menikah, perkara paling utama ialah 
  1. Keyakinan diri Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.  
  2. Harus sedia berkongsi Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.  
  3. Sedia untuk sakit hati Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda. 
  4. Sedia untuk berfikiran terbuka Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin. 
  5. Sedia untuk kompromi punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
  6. Sedia untuk berpisah Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan. 
  7. Sedia menerima malu Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing. 
  8. Soal anak Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Tenangkan diri sebelum membuat keputusan

Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?
Pernah pada suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasih beliau. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.
Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan kekasihnya.
Lantas segera saya menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mahu mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.
Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.
Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya. Dan setelah beliau berehat sebentar dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang tersayang.
Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, beremosi ataupun fikiran terganggu. Berikan diri kita masa untuk bertenang terlebih dahulu. Biarkan diri dan minda kita berehat sebelum kita membuat sebarang keputusan.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan mendukacitakan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa hadapan.


0 komentar:

Posting Komentar