Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Jumat, 18 Desember 2009

Kisah cinta

Jumat, 18 Desember 2009


Apa makna setia

Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta…

Saya ialah seorang lelaki yang sedang betul-betul kecewa sekarang ini kerana cinta, bayangkan, saya sanggup buat apa saja untuk memiliki hati dia, hinggakan sanggup lupakan kepentingan diri dan buang semua ego saya untuk cuba selamatkan hubungan saya dan dia, tapi at last ini balasan yang saya dapat… Dia tinggalkan saya untuk lelaki lain yang lebih berharta… Tapi tak mengapa, mungkin ini adalah ujian atau rahmat daripada tuhan untuk saya…
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta… Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah bercinta… Sebab kita akan kecewa akhirnya… Dan yang paling penting ialah “SETIA” pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh…
Dalam hubungan yang kurang mesra, saya yakin kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan hubungan yang lebih mesra.
Jadi untuk pasangan yang sedang hangat bercinta… Nasihat saya, setialah pada yang satu… Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu perkara yang benar-benar menyeksakan… Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan.
  
Kisah Cinta sejati

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.
Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.
Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.
Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.
Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.
Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.
Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”
Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

Cinta jarak jauh melukakan hatiku

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)
Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.
Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.
Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.
Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.
Tetapi aku sebagai manusia hanya tahu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ingin dijadikan cerita, aku sangat membenci seorang lelaki bernama Haikal yang merupakan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 5 ketika di sekolah menengah. Dia selalu mengusikku sehingga membuatku naik angin. Aku sangat membencinya sehingga aku tidak boleh mendengar suaranya, apatah lagi melihat mukanya yang sememangnya tidaklah sekacak Norman Hakim.
Tetapi Allah Maha Kuasa. Memasuki tingkatan 5, aku dan Haikal menjadi akrab. Tetapi kami hanya berkawan rapat di dunia ‘sms’ sahaja. Apabila di kelas, kami seperti tidak kenal antara satu sama lain. Sepanjang persahabatan, dia sering memberi ‘hint’ yang dia ingin menjadikan aku lebih dari seorang kawan. Tapi aku sering mengatakan yang aku hanya ingin bercinta selepas berkahwin. Kata – kataku itu membuatkan dia kecewa. Walaupun dia berasa seperti tiada harapan untuk bersamaku, tetapi dia tidak pernah meninggalkanku walau sesaat pun dan terus berusaha untuk mendapatkan aku dengan apa jua cara sekalipun.
Selama 2 tahun persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar ikhlas untuk berkawan denganku. Ahkirnya aku memutuskan untuk menerimanya sebagai ‘couple’ku apabila dia betul-betul meluahkan isi hatinya pada 1st January 2008 dengan berkata “Jue, aku cintakan kau”.. Bermulalah kisah baru antara aku dan Haikal. Percintaan ini merupakan kisah cinta pertama dalam hidupku selama aku berusia 20 tahun dan aku berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayatku.
Seperti biasa di awal-awal percintaan, segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua tiga bulan, pergaduhan sering terjadi antara aku dan dia, sehingga aku berasa menyesal menerimanya dulu. Paling menyakitkan hatiku, Haikal malu untuk mengaku aku sebagai kekasihnya kerana takut di gelar sebagai ‘mamat jiwang’ oleh rakan-rakan sekuliahnya. Bila aku bertanya kenapa mahu berselindung? Haikal menjawab dia belum bersedia untuk orang mengetahui kisah cinta kami. Selain itu juga, Haikal lebih mementingkan rakan – rakannya dalam segala aspek sehingga aku berasa seperti tidak di perlukan lagi. Pernah satu ketika, Haikal meminta izin untuk meninggalkan aku di Plaza Low Yat keseorangan setelah dia terjumpa rakannya di situ juga.
Inikah CINTA?? Inikah layanan dia terhadapku setelah dia bersusah payah mendapatkan aku?? Aku begitu tidak menyangka bahawa dia melayanku sebegitu kerana sebelum kami bercinta, dia begitu baik melayanku bagaikan seorang lelaki yang berkomitmen tinggi terhadap perempuan. Sampai hati dia melakukan seperti itu terhadapku… Bermacam-macam lagi pergaduhan yang kami alami. Aku benar-benar terasa seperti tiada nilai di matanya. Kadang – kala aku terasa seperti dipermainkan olehnya.
Haikal yang aku kenali memang seorang yang sosial. Tetapi dia pernah berjanji padaku yang dia tidak akan meninggalkan aku dan dia ingin menjadikan aku sebagai isterinya. Dia juga berkata bahawa akulah cinta pertama dan terakhir bagi Haikal. Tetapi di sebabkan dia yang sangat sosial, dia sering melukakan hatiku. Bagi Haikal, dia tidak sanggup melihat aku mempunyai kawan lelaki walau seorang. Tetapi dia tidak pernah sedar yang dia mempunyai ramai kawan perempuan yang seksi-seksi dan sering bertepuk tampar diantara mereka. Haikal memang manusia jenis pentingkan kawan-kawan daripada keluarganya sendiri dan juga aku. Aku sering menangis memikirkan semua ini. Haikal!! Kau sangat kejam terhadapku!!
Setelah 5 bulan percintaan aku dan Haikal, kini Haikal terpaksa perpisah denganku gara-gara dia ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Apabila aku mendengar berita tersebut, aku benar-benar risau dan sedih. Kini tercipta satu kisah baru iaitu percintaan jarak jauh antara aku dan Haikal. Ya Allah…begitu besar dugaan aku setelah aku melanggar prinsipku sendiri untuk tidak bercinta sehingga aku berkahwin. Adakah ini balasan bagiku?? Walaupun kami sering bergaduh, tetapi aku terlalu sayang terhadapnya dan aku tidak sanggup berpisah dengannya….oh tidak….bolehkah aku dan dia mengekalkan percintaan ini walaupun kami berjauhan??
Di awal percintaan jarak jauh ini, kami sering berhubung melalui e-mail,friendster dan juga ‘sms’. Sekali sekala ada juga Haikal menelefonku. Aku berasa gembira kerana dia selalu mengingati aku walaupun kami berjauhan… Kami juga jarang bergaduh ketika itu. Ya Allah, bahagianya aku..
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sudah sebulan lebih Haikal di negara orang. Walaupun dia berjauhan denganku, pergaduhan terjadi juga antara aku dan Haikal. Apa yang aku risaukan benar-benar terjadi. Dia menjadi semakin sosial dan jarang membalas semua e-mail dan komen di friendster yang aku kirimkan padanya. Pada mulanya aku fikir kemungkinan Haikal busy. Tetapi semakin lama semakin pelik aku di buatnya. Haikal terus-menerus menyepi diri tanpa khabar berita. Aku semakin risau. Aku cuba menelefonnya tetapi tidak pernah berjawab, apatah lagi sms. Tidak pernah di balasnya walau sekalipun. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku.
4 bulan Haikal menyepikan diri dariku. Tiba-tiba aku tergerak hati ingin menelefonnya menggunakan nombor adikku di pagi raya yang lalu pada 1st October 2008. Setelah menunggu akhirnya berjaya juga aku menembusi taliannya. Tapi hatiku bagai dirobek-robek kerana yang menjawabnya suara seorang wanita dan bila ku tanya apa hubungan dia dengan Haikal, dengan bangganya dia mengatakan dia kekasih Haikal dan sedang mengandungkan anak Haikal tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Menurutnya, Haikal ingin wanita itu melahirkan anak dalam kandungannya dan Haikal bakal mengahwini wanita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Jiha. Aku hampir pengsan mendengar kata-kata Jiha..Ya Allah….. Inikah namanya cinta? Inikah akibatnya aku melanggar prinsipku dahulu?? Haikal, sampai hati awak buat semua ini pada saya. Apa salah saya terhadapmu. Cepatnya awak berubah, sedangkan percintaan kita belum cukup setahun.
Di pagi raya itu juga aku menangis memikirkan apa yang telah terjadi padaku. Aku serik dengan percintaan ini. Mulai saat itu, aku telah menutup hatiku untuk semua lelaki. Aku kecewa dengan percintaan yang baru pertama kali aku lalui. Inilah percintaan pertama dan terakhirku. Haikal, aku tidak akan maafkan apa yang kau lakukan padaku. Inikah balasannya setelah aku begitu setia padamu? Inikah hadiah yang kau berikan padaku setelah aku tewas dengan pujuk rayumu di saat kau menggodaku dulu? Kini benarlah apa yang aku pernah katakan dulu bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki suka membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja dan mereka tidak pernah menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan. Lelaki memang serupa. Hanya pandai mengayat. Haikal!! Aku tak akan maafkan kau. Aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi ke atas diriku ini. I hate u forever and ever Haikal!!! I HATE YOU!!!
Ya Allah.. maafkan segala kesilapanku yang lalu. Aku menyesal dengan apa yang telah terjadi. Walaupun aku telah kehilangan Haikal, orang yang benar – benar aku sayang dan percaya, aku tidak akan sesekali menzalimi diriku sendiri. Akan aku buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa Haikal bukan hanya 2 3 saat, tetapi untuk selama – lamanya. Dan aku akan buktikan bahawa aku boleh mendapatkan lelaki yang lebih berguna dari Haikal. Tiada guna aku mengharap pada lelaki seperti Haikal. Aku akan membenci Haikal seumur hidupku dan aku tidak akan memaafkannya.. Haikal adalah racun dalam hidupku untuk selama – lamanya……

Kisahku

Hye….
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku denga anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku…
Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku…Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.
Bagaimana harus ku mulakan ya?… huh… Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada… Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama….
Sehinggalah…. aku merasa kesunyian, kerana selama bertahun2 bercinta kami hanya keluar sekali sekala, itupun kiranya dia balik bercuti… Aku faham dengan tugasnya, dan dia sentiasa mengharapkan aku sentiasa memahami.. Namun tahun demi tahun aku semakin sunyi… Sehinggalah pada suatu hari tahun 2005 aku di perkenalkan dengan seorang tomboy. Jujur aku akui, aku sering bergaul dengan golongan sebegini, hanya sekadar kawan.Pada mulanya aku dan ‘kapel’ aku hanya kawan, sehinggalah pada satu ketika dia menyatakan perasaannya padaku. Aku menolaknya dengan cara baik, kerana perasaan cintaku masih pada teman lelaki ku.
Tapi entah mengapa aku terkulai jua di padang cintanya. sikap ambil berat, dan entah apa2 lagi membuatkan aku semakin dekat dengan ‘kapel’ ku. Aku mula menerimanya. Mula menyayanginya, seolah2 dirinya ada lah lelaki pada pandangan ku.. Perhubungan ini kurahsiakan.. Mulanya aku beranggapan, aku cuma sekadar melepaskan rasa sepi dan kekosongan jiwaku… Tapi kini, sudah 3 tahun aku bersamanya…anggapan aku hanya sekadar melepaskan kesunyian bertukar menjadi sayang.. Lebih2 lagi teman lelaki ku jarang menghubungiku, walaupun tiap kali dia menghubungiku, masih terselit ungkapan rindu dan sayang..
Untuk pengetahuan kalian, aku pernah mengucapkan kata putus dengan teman lelaki ku hanya kerana ‘kapel’ ku. Ini kerana, pada malam itu aku terkantoi, bila teman lelaki ku menghubungiku masa kami makan bersama. Waktu itu ‘kapel’ ku yang menjawab panggilan itu.. Aku sanggup katakan pada ‘kapel’ ku dia hanya lah bekasku.. Bayangkan kalian, betapa kejam nya aku. Sehingga sanggup aku katakan pada teman lelaki ku agar jangan mengganggu ku lagi dihadapan ‘kapel’ ku.. Ya Allah, kejamnya aku…masih terngiang2 lagi di telingaku kata2 rayuan teman lelaki ku.. Aku terpaksa demi menjaga hati ‘kapel’ku biarpun aku telah melukakan hati teman lelakiku. Betapa kejamnya aku.
Seminggu kemudian, aku cuba menghubungi teman lelaki ku, namun gagal. Setelah puas mencuba, akhirnya dapat… Mulanya dia hanya mendiamkan diri, setelah jenuh aku merayu dan memohon maaf, barulah dia bersuara, dan menyatakan kelukaannya.. Waktu itu, sekali lagi aku berbohong, aku katakan, aku terlalu tertekan pada malam itu dan terkeluar perkataan sedemikan. Aku katakan padanya, aku tidak mampu lagi menanti dan terus menanti..sekali lagi aku terpukul dengan kata2 tajamnya. Dia buka kembali paduan janji kami untuk setia walau apa yang berlaku… menitis airmataku mendengar pengakuannya. Terlalu jujur dia menyintaiku.. Waktu itu, aku katakan padanya, jika benar2 dia masih perlukan aku, dia harus datang menemuiku.. waktu itu sudah hampir empat tahun kami tidak berjumpa, hanya berhubung melalui telefon.
Semiggu selepas itu, aku sekali lagi terpukul bila adikku mengatakan teman lelaki ku sudah ada dirumah menantiku..(perhubungan aku dan sidia di restui keluarga. semua ahli keluargaku mengenali teman lelaki ku). Ya, Allah… pengorbanan apa kah kali ini.. Aku terpaksa berbohong dengan kapel ku untuk tidak menemuinya pada beberapa hari kerana ada hal keluarga.. Hari itu, terlerai rindu yang terpendam.. Namun, panggilan dari kapel ku menyebabkan aku mati akal untuk bertindak. Teman lelakiku hanya sempat bermalam semalam di rumahku.. Bayangkan, aku berbohong lagi padanya, mengatakan aku terpaksa di panggil bertugas, sedangkan masa itu adalah hujung minggu.. Ya Allah berdosanya aku.. Aku menghantarnya kelapangan terbang dengan penyesalan di hati. Hendak ku tarik kata2 ku, ianya sudah terkeluar. Hanya airmata mengiringi kepulangannya.. Teman lelakiku masih berlagak tenang, biarpun aku tidak temakan pujuk rayunya untuk membatalkan urusanku. pada pemergiannya, sempat lagi dia mengukir janji dan apa yang aku terkejut, dia meminta aku untuk menantinya sedikt masa lagi untuk di ijabkabulkan.. Aku hanya tersenyum..
Setelah menghantarnya, aku bergegas menemui ‘kapel’ku.. Sepanjang perjalanan masih bersisa lagi perasaan bersalah ku pada teman lelaki ku… Sehingga sekarang aku dan teman lelaki ku masih berhubung seperti biasa, walaupun seperti chipsmore, dan perhubungan ku dengan kapel ku berjalan seperti biasa. Kini aku di belennggu oleh perasaan bersalah yang teramat sangat. Bukan kerana aku bersalah merahsiakan perhubungan ku dengan kapel ku dari teman lelaki ku, tetapi juga sebaliknya. Aku merasa bersalah dengan teman lelaki ku dan kapel ku. Aku berada dalam di lema, kerana jika aku berterus terang dengan kapel ku, aku bimbang sesuatu akan terjadi, kerana dia pernah bertindak bodoh bila pernah sekali aku cuba untuk meninggalnya, walaupun pernah dia suarakan hatinya, jikalau aku berkahwin nanti, dia tidak akan cuba menghalang jodoh ku.. Tetapi… aku kini masih berada dalam dilema…….. Aku menangis di dalam hati…… meraung pun, tiada sesiapa yang mendengar…..


0 komentar:

Posting Komentar