Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Jumat, 18 Desember 2009

Kata-kata Pujangga

Jumat, 18 Desember 2009
  • Kata Pujangga:”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”
  • Kata seorang sahabat: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”
  • Kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”
  • Kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
  • Kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
  • Kata Pujangga: “Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga.”
  • Kata Pujangga: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.”
  • Kata Pujangga: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.”
  • Kata Pujangga: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”
  • Kata Pujangga: “Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.”
  • Kata Pujangga: “Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.”Saya minat dengan kata-kata ni: “Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik.”
  • Kata Pujangga: “Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.”
  • Kata Pujangga: “Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”
  • Kata Pujangga: “Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.”
  • Kata Pujangga: “Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”
  • Kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
  • Kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”
  • Kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
  • Kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
  • Kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”
  • Kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”
  • Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”
  • Kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”
  • Kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.” 
  • Kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”
  • Kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”
  • Kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”
  • Kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”
  • Kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.”
  • Kata Pujangga: “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.” 
  • Kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”
  • Kata Pujangga: “Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”

0 komentar:

Posting Komentar